SL1M Trainee Celcom (pengalaman)

Assalamualaikum wbt and hi semua orang :D

Make it short je la okay?

Supposedly, ana masuk kat digital enablement as mentioned during the call. Ada seorang staff Celcom call ana cakap ana dapat offer untuk SL1M trainee Celcom under Digital Enablement. Ana pun ada dapat official offer letter from Celcom.

Tarikh Onboarding ana 15th October 2018. Contract hanyalah setahun sahaja.
Masa ana sampai kat Menara Celcom untuk Onboarding tu, memang tak ramai pun yang datang onboarding tu, dalam 12 orang macam tu kut. Most of them under Customer Service, ana sorang je yang Group Digital. Hmm, takde kawan.

Lepas dah settle isi borang semua tu, semua orang berpecah, ana kena pergi ke Group Digital. Huhu, sorang2 melangkah masuk ke office Group Digital. Semua orang nampak cam sibuk je time tu. Then, ada one girl ni datang approach ana and welcome me. Ana rasa happy hahhaha lol.

Ana ingatkan ana under Digital Enablement. Dorang tukar ana ke Digital Mobile App. Ana duk kat Digital Mobile App tu sebagai Product Owner. Own Celcom Life App.

It was awkward at first sebab semua lelaki, and ada foreigners as well. Ana ni dah la jenis tak banyak cakap. So, ana just ikut je boss cakap apa. Time tu tak dapat laptop lagi so macam hm, okay, i bring my own laptop so that tak bosan because everyone kat situ buat kerja pakai laptop company.

Actually kat situ ada 3 orang product owners, including boss la. Taktahu la nak cerita apa lagi. Hahhaha. Best la, belajar macam2.

Then, we moved to PJ Sentral, new building Celcom. Ya Allah, situ memang lagi best compared to Menara Celcom. Hahaha, sebab apa? Surau dia je ada 3, so boleh pilih nak pergi level berapa punya surau. Selesa ya amat! Alhamdulillah Allah beri ana peluang kerja kat situ. Free sitting. Semua best la. Makanan pun okay. Rasa macam tak ada benda nak complain.

As time goes by, Ana dapat ramai kawan. And ana dapat peluang handle one project. It's better than nothing, kan? I tried my best there, tapi nak buat macam mana, ana rasa macam ana ni tak sesuai sebagai product owner kat situ, mungkin sebab competent? Haha, hm okay tak nak cerita yang tak best, nak cerita yang best je kat sini.

Alhamdulillah okay la dapat handle one project pun. Apa yang ana boleh ringkaskan kat sini, Product Owner kat situ macam orang tengah, dia akan deal dengan orang business and then come back to the team and ask them to do it. Kat team mobile app tu ada developers, testers, IT as well.

Sprint grooming
Sprint planning

Time grooming dengan planning la product owner akan explain briefly pasal project yang dorang takeup and decide untuk release untuk that sprint. Basically, dorang explain kat the whole team app, so that kalau ada apa2 masalah, semua orang akan tahu apa yang terjadi, tak ada la yang left out, haa gitu hahaha.

Apa lagi eh? Basically yang tu je la setakat ni, nak solat Zohor, dah masuk waktu. Kalau ana teringat apa2, ana akan terus update entry ni. Harap dapat membantu korang! :D

SL1M Trainee Celcom (Interview)

Assalamualaikum wbt, and hi everyone.

So, harini rasa macam nak share my own experience as SL1M Trainee kat Celcom.
Ana suka entry yang pendek. So. lets start with the interview.

Actually sekarang (April 2019) dah tak ada "SL1M", dorg tukar kepada protege. Tapi, apa yang ana tahu, dia sama sahaja dengan SL1M.

Ana apply SL1M Celcom bulan August 2018, and Alhamdulillah dapat interview on September 2018. Mesti semua orang yang first time nak pergi interview akan google and search macam mana interview SL1M Celcom. Ana adalah salah seorang yang gigih google😂 Banyak yang share, dorg cakap ada group interview, ada yang sorang je, ada yang group. Okay takpe, so sekarang ana nak cerita pengalaman ana.

Ana dapat email untuk interview on 18th August 2018, interview session tu on 6th September 2018. Time tu interview kat Menara Celcom, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, dari 10am-1pm. Dekat email tu dia ada bagitahu nak kena bawa apa, just ikut je email tu.

My parents yang hantarkan ana ke tempat interview tu. Thanks a lot to them. Dari Penang ke KL, untuk hantar ana ke tempat interview huhu takkan dilupakan. Semoga Allah balas jasa baik serta pengorbanan mama dan abah ana, aminn Allahumma aminn..

Ana sampai awal kat Menara Celcom tu, tapi kelakar, hahaha, ana orang last2 dipanggil, taktahu la dorang terlepas pandang resume ana ke cemana. Time tu dah nak dekat pukul 1 dah, ada juga candidate lain yang nama tak dipanggil, pastu dorang pun give up and keluar dari situ. Ana still tunggu and lepas dorang panggil nama ana, ana masuk satu bilik tu, ada sorang staff HR, dalam tu ada ramai candidate lain. Of course la nervous! Sebab first time kan interview nak kerja lepas grad Degree. Hahahah. Kelakar okay. Expectation ana time tu, ana ingatkan tu group interview, rupa-rupanya.....

"Okay.. Awak nak department/bahagian mana?"

Ana pun terkebil. Ana ingatkan formal interview. Rupanya dia tanya macam tu je kat ana. Sebab time tu, semua candidate dalam bilik tu, amik course yang tak related pun dengan yang dorang tawarkan. Most of the candidates pilih customer service kalau tak silap ana, huhu ana memang tak minat customer service and ana nak yang office hour, senang sikit. Pastu staff tu tanya, nak Marketing ke nak Digital? Huhu, secara jujurnya ana cakap, ana pun taktahu nak pilih yang mana, tapi ana cakap Marketing, sebab ana ada ambil minor in Management, so ada belajar Marketing sikit. Plus, ana taktahu sangat Digital tu macam mana. Pastu staff tu explain sikit2 pasal department Digital tu, dia ckp yang related to device blablabla.. ana cakap em okay la kalau Digital Transformation tu pun takpe, sebab ana willing nak belajar benda baru, plus tu kan SL1M, bukan kerja yang permenant pun..

Pastu, staff tu cakap memang most of the candidates yang datang interview, akan dapat offer sebab dorang memang nak bantu fresh grad yang belum dapat kerja lagi. Ana sangat la berharap yang ana dapat peluang untuk jadi SL1M trainee kat celcom, since Celcom kan syarikat besar, big company, well-known pulak tu. So, macam banyak benefit untuk ana, plus boleh cantikkan resume ana.

After that, ana pun pulang. Kesian mama dengan abah tunggu lama.. Huhu, memang takkan dilupakan.. Jasa dan pengorbanan mama dan abah..

Okayyy, kita sambung pengalaman ana sebagai SL1M trainee on next entry kay?


Image result for cute mymelody

Muqadimah ~

Assalamualaikum wbt and hi semua orang.

Okay, this is awkward. Btw, actually Ana dah lama ada impian nak berblog, since ana ni jenis tak banyak cakap, and ana lebih suka kepada menaip, and also ana nak menaip something yang boleh beri manfaat pada orang lain, insya-Allah. 

So, kat sini ana bahasakan diri ana sebagai ANA, okay? Tak biasa la panggil, I or AKU, hmm. 

To make it short, ana akan kongsikan sedikit sebanyak pengalaman ana sepanjang berusia almost 24 years, so that pada yang membaca, dapat amik sebagai pengajaran, naikkan semangat and dalam erti kata lain, dapat beri manfaat la pada korang yang membaca. Insya-Allah :)

Selamat membaca!
Anaa. Powered by Blogger.